top of page

PENGENALAN

 

Pendidikan merupakan satu proses terancang bagi mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran antara guru dan pelajar agar proses tersebut menjadi lancar dan mampu mengembangkan potensi diri setiap pelajar. Usaha melahirkan generasi yang mantap dengan ilmu bukan hanya daripada aspek akademik seseorang pelajar bahkan melibat beberapa aspek lain seperti jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

 

Memandangkan cabaran yang sangat besar dalam era globalisasi kini, penekanan dan perhatian yang lebih perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang beragama Islam agar matlamat pendidikan Islam yang ingin melahirkan generasi muslim dan mukmin yang terpelajar, terdidik dan bertaqwa serta mempunyai kesedaran diri sebagai hamba dan khalifah di bumi. Seterusnya mampu menjayakan falsafah pendidikan Islam yang diharapkan mampu melahirkan pelajar yang mempunyai kecemerlangan ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia, disamping mempunyai rasa bertanggungjawab kepada diri, agama dan masyarakat ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

 

Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab yang dijadikan sebagai mata pelajaran di sekolah-sekolah bukan hanya diukur melalui kebolehan para pelajar menguasai maklumat dan isi pelajaran semata-mata namun mementingkan aspek pembangunan nilai sahsiah dalam diri pelajar dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam amat  perlu diberikan perhatian.

           

Oleh itu, kesedaran tentang kepentingan memperkembang dan memantapkan lagi bidang pendidikan Islam dan pendidikan bahasa Arab di Malaysia. Kami bercadang untuk menganjurkan Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan (IsPen2015). Persidangan yang bakal berlangsung ini merupakan kesinambungan daripada  Seminar Isu Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang telah diadakan pada 28 – 29 April 2014. Seminar ini akan dijalankan dalam bentuk pembentangan utama, pembentangan jemputan dan pembentangan selari. Diharapkan IsPen2015 ini mampu menjadi platform  yang bermanfaat terutama bagi guru-guru yang menjadi warga pendidik bagi generasi muda Islam yang berilmu dan berketrampilan dimasa akan datang untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara.

bottom of page